EKONOMI

Guan Eng berdepan lebih 11,000 rakyat dengar maklum balas SST

8 Sep 2018, 3:13 PM
Guan Eng berdepan lebih 11,000 rakyat dengar maklum balas SST
Guan Eng berdepan lebih 11,000 rakyat dengar maklum balas SST

OLEH NORHAYATI UMOR

BANGI, 8 SEPT: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sudah mengadakan pertemuan terbuka dengan lebih 11,000 rakyat bagi menjelaskan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Beliau berkata, sebanyak 13 sesi pertemuan membabitkan pelbagai negeri untuk menjelaskan dan mendengar maklum balas mereka.

"Seperti apa yang saya lakukan dalam tempoh dua minggu ini tentang cukai SST, saya turun padang dan dengar pendapat rakyat.

"Saya juga baru balik dari Bentong, Pahang dan saya adakan 13 sesi bersama dengan lebih 11,000 orang dengar secara langsung.

"Berdepan dengan 11,000 orang ini adalah satu proses perbicaraan dengan rakyat, saya yakin selepas ini kita akan dengar suara rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) DUN Balakong, di Dewan Demesne Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat.

Guan Eng berkata, jika sebelum pilihan raya, rakyat mendengar suara kerajaan dalam ceramah dan kempen kini tiba masanya untuk kerajaan mendengar pula suara rakyat.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619