SELANGOR

Siew Ki tekad berkhidmat baik, terus usaha Tien Chee

8 Sep 2018, 2:33 PM
Siew Ki tekad berkhidmat baik, terus usaha Tien Chee
Siew Ki tekad berkhidmat baik, terus usaha Tien Chee

OLEH HAFIZAN TAIB

BALAKONG, 8 SEPT: Ahli Dewan Negeri (ADN) Balakong baharu, Wong Siew Ki, bertekad memberikan perkhidmatan terbaik bagi memenuhi harapan rakyat di kawasan itu.

Wakil rakyat Pakatan Harapan (PAKATAN) itu juga berjanji akan meneruskan usaha dirintis mendiang Ng Tien Chee yang telah menabur bakti dengan cemerlang selama dua penggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

"Terima kasih kepada rakyat yang mengundi dan memberi kemenangan kepada saya serta saya berjanji akan berusaha berkhidmat dengan baik untuk rakyat.

"Ia juga adalah sebenarnya kemenangan rakyat yang mahukan suara mereka didengar dan diberi perhatian," katanya dalam sidang media selepas diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya sebagai pemenang dalam Pilihan Raya Kecil DUN Balakong di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Siew Ki berkata, antara usaha awalnya adalah melihat beberapa program dirancang Tien Chee yang tergendala untuk digerakkan semula.

"Saya juga akan bertemu dengan penduduk di DUN ini bagi melahirkan penghargaan kepada mereka yang memilih saya sebagai wakil rakyat," katanya.

Beliau turut memberikan penghargaan kepada jentera parti yang bekerja keras di sepanjqng tempoh kempen PRK itu demi merealisasikan kemenangannya.

Siew Ki memperoleh 22,508 undi dengan menewaskan calon MCA, Tan Chee Teong (3,975) dengan majoriti 18,533.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619