SELANGOR

Hujan di Balakong, peratusan keluar undi masih rendah

8 Sep 2018, 8:11 AM
Hujan di Balakong, peratusan keluar undi masih rendah

OLEH NADIAH ZAMLUS

BALAKONG, 8 SEPT: Cuaca hujan secara tiba-tiba sejak jam 12 tengahari tadi antara faktor mendorong peratusan keluar mengundi, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong masih rendah.

Salah seorang pengundi, Ng Tian Nee berkata, ekoran keadaan cuaca itu, dia tidak dapat membawa ibunya keluar mengundi.

"Ibu saya tidak boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda, disebabkan mudah jatuh sakit, saya terpaksa mengelakkanya daripada terkena hujan.

"Memang dia agak sedih kerana tidak dapat mengundi tetapi apakan daya, demi kesihatannya dia terpaksa berkorban," katanya.

Melalui ramalan kaji cuaca, SelangorKini mendapati hujan beserta ribut petir dijangka berlaku sehingga jam 5 petang nanti.

Pada jam 10 pagi, peratusan keluar mengundi di DUN Balakong ialah 15 peratus sebelum meningkat kepada 25 peratus, pada jam 12 tengahari.

Namun sehingga jam 1 petang, kenaikan peratusan mengundi hanya tiga peratus sahaja.

Kini, kurang dua jam lagi pusat mengundi akan ditutup, namun peratusan keluar mengundi hanya pada kadar 31 peratus sahaja.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619