NASIONAL

Majikan perlu beri pelepasan kakitangan mengundi esok

7 Sep 2018, 8:09 AM
Majikan perlu beri pelepasan kakitangan mengundi esok

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 SEPT: Kementerian Sumber Manusia meminta majikan sektor swasta memberikan pelepasan kepada kakitangan yang bekerja untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dan Balakong, esok.

Katanya, hak untuk mereka mengundi diperuntukkan di bawah Seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bahkan majikan tidak dibenar mengenakan penalti atau memotong gaji pekerja yang tidak hadir bekerja bagi tujuan terbabit.

"Kementerian meminta majikan sektor swasta mengambil langkah seperti memberi 'time-off' kepada pekerja yang mengundi di tempat pengundian berdekatan atau memberi hari kelepasan kepada pekerja yang bekerja berjauhan dengan tempat mengundi.

"Pekerja yang memerlukan lebih daripada satu hari untuk ke tempat pengundian boleh mengambil cuti tahunan. Majikan hendaklah merundingkan soal pemberian 'time off', hari kelepasan yang digantikan dan cuti tahunan dengan pekerja berkenaan," katanya dalam kenyataan.

Katanya, majikan yang tidak mematuhi peruntukan di bawah Seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh didakwa dan didenda RM5,000 atau penjara setahun jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya mengisytiharkan 8 September ini sebagai tarikh PRK DUN Balakong dan DUN Seri Setia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619