SELANGOR

Air pasang besar: Penduduk pesisir pantai disaran siap siaga

6 Sep 2018, 7:35 AM
Air pasang besar: Penduduk pesisir pantai disaran siap siaga
Air pasang besar: Penduduk pesisir pantai disaran siap siaga

BANTING, 6 SEPT: Penduduk di sekitar pesisir pantai Kuala Langat dinasihatkan bersiap siaga berdepan fenomena air laut pasang besar yang dijangka berlaku 10 hingga 12 September ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohamad Zain A Hamid berkata, fenomena air laut pasang besar kali ini dijangka berlaku di kawasan pesisir pantai di daerah itu dengan ketinggian mencecah sehingga 5.5 meter.

"Antara kawasan berisiko mengalami banjir adalah kawasan Pantai Kelanang, Kwee Kee Fishery, Istana Bahagia Morib, Rumah Persekutuan Morib, pesisir kawasan Tanjung Sepat, Jalan Harmoni, dan Jalan Kundang 6.

"Penduduk di pesisir pantai dan kawasan di jangka terlibat diharapkan lebih berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya banjir.

"Pengunjung kawasan perangainan Pantai Kelanang dan Morib juga dinasihatkan tidak terlalu hampir dengan pantai bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Zain berkata, MDKL akan menggerakkan Skuad Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) bagi melakukan pemantauan serta bersiap siaga melakukan kerja pemindahan mangsa banjir.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, penduduk boleh menghubungi Bilik Gerakan Bencana Daerah, Pejabat Daerah Kuala Langat melalui talian 03 – 3182 2565.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619