AGAMA

LGBT penyakit mental - Mufti Selangor

5 Sep 2018, 4:19 AM
LGBT penyakit mental - Mufti Selangor

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 5 SEPT: Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT) dianggap sebagai penyakit mental, kata Mufti Selangor, Dato’ Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Katanya, 'penyakit' itu amat membimbangkan kerana telah melawan fitrah, yang mana sepatutnya fitrah kehidupan manusia normal ialah hidup berpasangan.

"Sebagaimana telah diciptakan oleh ALLAH SWT, lelaki pasangannya

adalah perempuan. Begitu juga dengan haiwan, jantan pasangannya adalah betina.

"Berdasarkan kepada Al-Quran dan Hadith, hukum berkaitan LGBT adalah jelas haram dan bertentangan dengan ajaran lslam," katanya dalam kenyataan.

Mohd Tamyes berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan beberapa panduan hukum yang jelas bagi merungkai persoalan hukum berkaitan isu-isu LGBT.

Antaranya, melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan bahawa hukum perkahwinan antara Mak Nyah (yang telah ditukar jantina kepada perempuan) dengan lelaki adalah tidak sah dan dikira haram.

"Keduanya, hukum menukar jantina Mak Nyah adalah terang-terangan bertentangan dengan lslam kerana ALLAH SWT melarang mengubah kejadiannya, sepertimana Firman Allah dalam Surah An Nisa, ayat 119.

"Jawatankuasa Fatwa turut memutuskan bahawa wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki iaitu Pengkid adalah haram di sisi lslam," katanya.

Jabatan Mufti turut menegaskan, penetapan hukum terbabit bagi mendidik masyarakat supaya lebih peka dalam memahami dan melaksanakan hukum yang telah diputuskan para ulama berautoriti dalam negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619