NASIONAL

Petron bukan pembekal tunggal petrol, diesel Kerajaan - MOF

30 Ogos 2018, 2:19 PM
Petron bukan pembekal tunggal petrol, diesel Kerajaan - MOF

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 30 OGOS: Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan Petron bukanlah pembekal tunggal minyak petrol dan diesel kenderaan milik Kerajaan walaupun sudah dilantik secara rasmi menerusi satu memorandum yang dikeluarkan, hari ini.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, Petronas dan Shell masih lagi merupakan pembekal minyak petrol dan diesel untuk kegunaan kenderaan Kerajaan selepas Petron Fuel International Sdn Bhd dilantik sebagai salah satu pembekal bahan api yang sah.

"Untuk makluman Petronas dan Shell sudah menjadi pembekal minyak kenderaan kepada Kerajaan sejak 1997 lagi.

"Melalui kelulusan ini, Kerajaan memperoleh lebih banyak pilihan di antara Petronas, Shell dan Petron sekaligus dapat membuka peluang serta persaingan yang sihat di kalangan pembekal minyak petrol dan diesel," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian selepas isu pelantikan Petron sebagai pembekal bahan api kenderaan Kerajaan menjadi tular di media sosial, hari ini.

Guan Eng berkata, pelantikan itu dibuat kerana ia adalah berkaitan dengan urusan operasi dan tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada Kerajaan.

Katanya, Kerajaan juga tidak menghadkan jumlah pembekal di mana pembekal lain yang berwibawa dan mempunyai jaringan stesen di seluruh negara boleh memohon.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619