SUKANKINI

Cub Prix: Ramdan tumpu perlumbaan di Teluk Intan

30 Ogos 2018, 1:33 AM
Cub Prix: Ramdan tumpu perlumbaan di Teluk Intan
Cub Prix: Ramdan tumpu perlumbaan di Teluk Intan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 30 OGOS: Mohd Ramdan Mohd Rosli bersedia menebus kehilangan mata kejuaraan pada pusingan lalu dengan sasaran menamatkan perlumbaan di podium pada Pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak, 1 dan 2 September ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu terlepas aksi pusingan keempat di Temerloh apabila menarik diri setelah bapanya terbabit kemalangan beberapa hari sebelum perlumbaan sekali gus menyebabkannya kehilangan banyak mata kejuaraan.

Selepas empat pusingan, pelumba kelahiran Selangor itu kini berada di tangga ke 10 keseluruhan dengan 22 mata.

Ramdan berkata, di antara keluarga dan perlumbaan, dia membuat keputusan untuk menjaga bapa yang terpaksa menjalani pembedahan di hospital akibat kemalangan jalan raya.

"Walaupun kehilangan banyak mata kejuaraan namun saya tidak terlalu memikirkannya dan hanya mahu menumpukan kepada perlumbaan berbanding kedudukan keseluruhan.

"Perlumbaan di Teluk Intan minggu ini sangat penting kepada saya," kata pemenang tempat ketiga keseluruhan CP150 tahun lalu itu.

Katanya, beliau belum menaiki podium pada tahun ini dan pada masa sama, rekodnya di litar itu juga tidak begitu baik.

"Musim lalu saya hanya menamatkan pelumbaan di kedudukan ke 11 walaupunn berjaya mendahului perlumbaan tetapi selepas itu terjatuh," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619