SELANGOR

Satu lagi PAWE ditubuh berdaya warga emas

29 Ogos 2018, 2:22 AM
Satu lagi PAWE ditubuh berdaya warga emas
Satu lagi PAWE ditubuh berdaya warga emas

OLEH SHEEDA FAHIL

SEPANG, 29 OGOS: Satu lagi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) ditubuh, di daerah Sepang bertujuan memberi ruang dan peluang kepada warga emas untuk terus bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti tanpa mengira faktor usia.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, penubuhan pusat itu sudah diluluskan dan akan mula beroperasi, pada Oktober ini.

"PAWE juga bertujuan menjadikan warga emas sentiasa aktif membabitkan diri mereka dengan pelbagai aktiviti kerana jika hanya duduk sahaja, kemungkinan tahap kesihatan akan merosot.

"Oleh itu, saya menyeru kepada semua warga emas di daerah Sepang untuk aktif dan berdaftar sebagai ahli PAWE supaya dapat menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian PAWE Pelangi Impian Sepang, di Dewan Orang Ramai, Kampung Ulu Chuchoh, Sungai Pelek, di sini, semalam.

Katanya, program yang dilaksanakan di PAWE bertepatan dengan matlamat Dasar Warga Emas, iaitu mendaya upayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap serta berkesan untuk membantu mereka hidup sejahtera.

Pada masa sama, Dr Siti Mariah berkata, Kerajaan Negeri turut berhasrat memperluaskan PAWE pada setiap komuniti dalam Selangor supaya semua warga emas sentiasa aktif.

"Sudah lapan PAWE diwujudkan di setiap daerah, di negeri ini dan kita sememangnya berhasrat meluaskan lagi pusat aktiviti ini, terutama di kawasan bandar.

"Bagaimanapun, kita kini sedang dalam proses bertemu dengan warga emas untuk mendengar sendiri apa yang mereka mahu kerajaan bantu supaya golongan itu tidak terasing," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619