PBT

MBSA ajak orang ramai meriahkan Hari Tanpa Kenderaan

28 Ogos 2018, 4:38 AM
MBSA ajak orang ramai meriahkan Hari Tanpa Kenderaan
MBSA ajak orang ramai meriahkan Hari Tanpa Kenderaan

SHAH ALAM, 28 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengajak oranng ramai mengambil peluang memeriahkan program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan Shah Alam Sihat, pada 2 September ini, di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, di sini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, program itu adalah inisiatif MBSA ke arah memromosikan gaya hidup sihat dan mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemar alam.

Katanya, ia juga selaras dengan hala tuju MBSA untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon, menjelang 2030.

"Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan untuk memeriahkan program ini antaranya pelepasan

peserta bagi aktiviti riadah seperti acara berbasikal, acara berjalan kaki, zumba, persembahan

pentas oleh kombo MBSA dan pemeriksaan kesihatan percuma.

"Bagi menarik penyertaan orang ramai, MBSA juga akan menyediakan permainan wall climbing, cabutan bertuah, kostum paling kreatif, Mobile Library, Food Truck, Tourism Street, chu chu train, Zumba, Taichi, mini family game dan jualan pokok serta baja kompos," katanya dalam kenyataan.

Katanya, MBSA turut menganjurkan program Family Integrity Walk dan Jom Picnic

Dhuha yang akan menampilkan Ustaz Zul ‘Pandan’, Doktor Hadi Celemans serta Kumpulan Tazkers untuk menarik penyertaan orang ramai.

Pada masa sama, Shahrin turut meminta kerjasama orang ramai dan pemilik bangunan di sekitar pusat bandar untuk mengambil maklum berkenaan jalan raya yang akan ditutup sepanjang program berlangsung.

"Antara jalan terbabit ialah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai, pada 2 September ini bermula jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi.

"Sebarang pertanyaan sila hubungi Jabatan Pembangunan Komuniti, di talian 03-55222730 sambungan ke 1251," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619