SUKANKINI

Cub Prix: Super KIP Honda Racing Academy sasar podium

28 Ogos 2018, 3:25 AM
Cub Prix: Super KIP Honda Racing Academy sasar podium

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 28 OGOS: Pasukan Super KIP Honda Racing Academy meletakkan sasaran meraih podium pertama dengan Mohd Anuar Ibrahim Pawi menjadi sandaran utama, pada perlumbaan pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, di Teluk Intan, pada 1 dan 2 September ini.

Pengurusnya, Azlan Shah Saidun Hardi berkata, pelumba kelahiran Kampung Gajah berusia 18 tahun itu adalah pelumba terbaik pasukan yang baharu ditubuhkan, pada tahun ini.

"Selepas empat pusingan, Anuar menduduki tangga kesembilan keseluruhan dalam CP115 dengan 27 mata dan meraih penamat terbaik di tempat kelima.

"Anuar menunjukkan prestasi konsisten dalam setiap perlumbaan dan dia antara prospek terbaik pasukan untuk meraih podium manakala dalam kategori WIRA KBS, saya harap semuanya berjalan dengan baik minggu ini," katanya.

Selepas empat pusingan, beliau berkata, pelumba beraksi dengan semakin baik dan pasukan juga semakin dapat menyesuaikan diri dalam musim pertama, pada saingan Cub Prix.

"Mungkin perlumbaan di hadapan penyokong sendiri akan membawa tuah kepada kita," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619