SELANGOR

Karnival Merdeka MPSJ sedia pelbagai aktiviti menarik

23 Ogos 2018, 8:29 AM
Karnival Merdeka MPSJ sedia pelbagai aktiviti menarik
Karnival Merdeka MPSJ sedia pelbagai aktiviti menarik

SHAH ALAM, 23 OGOS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan menganjurkan Karnival Merdeka MPSJ 2018, pada 26 Ogos ini.

Bertempat di Perkarangan Arena MPSJ, Persiaran Perpaduan USJ 5, program dijadual berlansung pada 7.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, penganjuran karnival itu bertujuan memberi kesedaran dan memupuk semangat patriotisme cintakan negara.

"Ia juga dianjurkan sebagai platform mengeratkan lagi hubungan silaturahim melalui penyertaan masyarakat di dalam aktiviti yang dianjurkan semasa karnival ini berlangsung," katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara aktiviti disediakan adalah Merdeka Fun Walk & Fun Ride, Persembahan Kombo, Kelas Kraftangan, Eco Free Market dan Wish List.

Selain itu, turut dianjurkan Pertandingan Indoor Games, mewarna, sukan traditional, sepakan penalti, soccer kids, karaoke serta gubahan manisan.

"Hadiah wang tunai menanti pengunjung yang hadir memakai pakaian bertemakan kemerdekaan.

"Sebanyak 500 pokok herba diberi kepada peserta Fun Walk terawal," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619