SELANGOR

MB turun padang kenal pasti isu DUN Sungai Tua

22 Ogos 2018, 9:01 AM
MB turun padang kenal pasti isu DUN Sungai Tua
MB turun padang kenal pasti isu DUN Sungai Tua

OLEH HAFIZAN TAIB

BATU CAVES, 22 OGOS: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari mengambil peluang mengenal pasti masalah penduduk setempat untuk diperbaiki dalam program turun padang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di sini, hari ini.

Program sempena sambutan Aidiladha itu dijayakan beliau setiap tahun dan ia memberi impak positif terhadap pembangunan komuniti di kawasan DUN berkenaan.

"Dalam pertemuan bersama penduduk, banyak isu dikongsikan antaranya berkaitan pihak berkuasa tempatan, masalah tanah dan perkhidmatan bekalan air.

"Segala isu dibangkitkan akan kita teliti dan pertimbangkan untuk diperbaiki dari semasa ke semasa," katanya kepada media selepas Majlis Kenduri Rakyat DUN Sungai Tua sempena Aidiladha di Kampung Melayu Wira Damai.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, melalui program hari ini beliau berkesempatan mengunjungi lapan lokasi termasuk di kampung itu.

"Saya juga mengikuti program korban sempena Aidiladha dijayakan penduduk di masjid An-Nur di sini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619