PENDIDIKAN

UIAM wujud Kafe RnR dalam perpustakaan

19 Ogos 2018, 8:11 AM
UIAM wujud Kafe RnR dalam perpustakaan
UIAM wujud Kafe RnR dalam perpustakaan
UIAM wujud Kafe RnR dalam perpustakaan

OLEH NADIAH ZAMLUS

GOMBAK, 19 OGOS: Perpustakaan Dar Al-Hikmah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kini mempunyai Kafe Rehat dan Rawat (RnR).

Ketua Bahagian Korporat UIAM, Leenawati Razali berkata, kafe itu dijadikan sebagai tempat pembelajaran umum bagi mahasiswa untuk berbincang, mengkaji, bersosial dan juga merehatkan minda.

Katanya, ia juga mengikut trend semasa di negara moden hari ini di mana kafe layan diri dibina dalam perpustakaan.

"Kafe RnR di UIAM menyediakan perkhidmatan layan diri untuk membolehkan mahasiswa serta pengunjungnya membeli kopi, biskut serta snek, malah pengunjung juga boleh menggunakan mesin urut, dan ia boleh menampung lebih dari 40 hingga 50 orang dalam satu-satu masa.

"Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjadikan kafe sebagai tempat yang lebih selesa untuk perbincangan dan bersantai," katanya dalam kenyataan.

Kafe RnR itu dilancarkan oleh Rektor UIAM, Prof. Dato' Sri Dr. Zaleha Kamarudin.

Menurut rekod, dari 2016 hingga 2017, pelawat harian ke perpustakaan UIAM meningkat kepada 1.2 juta, manakala pengunjung alam maya mencecah 3,000.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619