SELANGOR

ADN Gombak Setia serah sumbangan Aidiladha

19 Ogos 2018, 12:05 AM
ADN Gombak Setia serah sumbangan Aidiladha
ADN Gombak Setia serah sumbangan Aidiladha

OLEH SHEEDA FATHIL

GOMBAK,18 OGOS: Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Hilman Idham menyerahkan sumbangan Aidiladha kepada masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Sumbangan itu disampaikan pada Majlis Hi-Tea Bersama Rakyat, Sumbangan Kemasyarakatan dan Penyerahan Lembu Korban Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia di Masjid Gombak Utara @ Masjid Zakaria, di sini, semalam.

Hilman berkata, sumbangan bersempena Aidiladha itu berupa 12 ekor lembu yang diserahkan kepada 10 surau dan dua persatuan penduduk DUN Gombak Setia.

"Ia adalah program sumbangan tahunan anjuran Kerajaan Negeri bagi membantu kumpulan sasaran yang dikenal pasti pengurusan masjid dan surau di Selangor.

“Kerajaan Negeri mengambil inisiatif ini bagi melakukan ibadah korban untuk umat Islam di Selangor terutamanya yang tidak berkemampuan atau belum pernah melakukannya," katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, Hilman turut mengingatkan kepada orang ramai untuk bersama mendoakan kepada seluruh jemaah Haji Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya yang sedang menunaikan ibadah Haji di Makkah ketika ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Hilman turut menyerahkan sumbangan kemasyarakatan seperti pendidikan, perubatan, perniagaan dan sara diri kepada 30 penduduk DUN Gombak Setia.

Terdahulu, Kerajaan Negeri melalui anak syarikatnya (GLC) mengagihkan sebanyak 1,200 ekor lembu bernilai RM6.4 juta, kepada pengurusan masjid dan surau di seluruh Selangor sempena Aidiladha, tahun ini.

Ia membabitkan kerjasama Pemerbadanan Menteri Besar (MBI Selangor), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Worldwide Holdings (WHB), Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619