SUKANKINI

Cub Prix: Akid terpantas sesi kelayakan CP150 di Temerloh

18 Ogos 2018, 11:54 PM
Cub Prix: Akid terpantas sesi kelayakan CP150 di Temerloh

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 19 OGOS: Selepas tiga pusingan, pelumba rookie, Md Akid Aziz semakin menunjukkan belangnya apabila muncul pelumba terpantas sesi kelayakan CP150 pada pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Temerloh, Pahang, hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu mencatat masa terpantas 42.574s juga catatan rekod baharu di Temerloh mengatasi catatan terdahulu milik Md Zaqhwan Zaidi, 43.531s pada musim lalu.

Akid, juara dua kali CP115 dan juara bertahan Underbone 150cc Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), berjaya mengatasi Mohd Hafiz Nor Azman (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) yang terlebih dahulu mencatat masa terbaik 42.730s.

Sementara itu, Md Helmi Azman (Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing) memacu jentera Honda mencatat masa ketiga terpantas dengan 42.756s diikuti pendahulu keseluruhan, Ahmad Afif Amran, keempat (42.828s) dan Kasma Daniel Kasmayuddin, kelima (42.831s).

"Walaupun mencatat masa terpantas, namun saingan sangat sengit kerana hanya 0.5 saat memisahkan semua 10 pelumba yang layak ke Superpole esok," kata Akid.

Sementara itu, rakan sepasukan Akid, Md Haziq Fairues mencatat masa terpantas 44.850s di dalam kelas CP115 diikuti Md Fareez Afeez (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) dengan masa 44.892s dan pelumba pasukan persendirian, Md Hafizuddin Azahar yang menaiki podium pusingan lalu dengan ketiga terpantas, 45.053.

 

Dalam saingan WIRA KBS, Md Syarifuddin Azman dari Idemitsu Kozi Yam Honda Racing akan memulakan perlumbaan dari petak pertama setelah mengungguli sesi kelayakan Shootout dengan catatan masa 45.465s.

KEPUTUSAN PUSINGAN KELAYAKAN

CP150

1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 42.574s

2 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 42.730s

3 Md Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 42.756s

4 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 42.828s

5 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 42.831s

CP115

1 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 44.850s

2 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 44.892s

3 Md Hafizuddin Azahar (MLK) Persendirian 45.053s

4 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 45.108s

5 Luqman Shakiemi Hakim (NSN) Modenas Racing Team 45.232s

 

Shootout

WIRA KBS

1. Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 45.465s

2. Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Redzuan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 45.822s

3. Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha 45.983s

4. Md Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX Racing Team 46.036s

5. Zaifi Zaini (SBH) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 46.068s

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619