SELANGOR

MBI lancar inisiatif galak amalan 3R

16 Ogos 2018, 9:49 AM
MBI lancar inisiatif galak amalan 3R
MBI lancar inisiatif galak amalan 3R
MBI lancar inisiatif galak amalan 3R

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 16 OGOS: Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor melancarkan Inisiatif Kitar Semula bagi memupuk kesedaran berkenaan konsep 'Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula' (3R) dalam kalangan warga kerja, di Bangunan Darul Ehsan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raja Shahreen Raja Othman berkata, hampir 7,000 tan sampah dihasilkan, di Selangor setiap hari dan dihantar ke tapak pelulupusan sisa pepejal.

“Semakin hari kita sudah tiada tempat untuk buang sampah. Kita sebenarnya tidak diajar sejak mula (untuk mengamalkan 3R).

“Setiap hari sampah yang dibuang adalah makanan sekitar 30 hingga 40 peratus. Kita perlu belajar dari Jepun yang paling berdisiplin mengamalkan 3R,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Katanya, sisa pepejal itu boleh diproses kepada bentuk lain, sekali gus menyelamatkan tanah yang menjadi kawasan pengumpulan sebelum dilupuskan.

Inisiatif MBI itu turut membabitkan kerjasama Kloth Malaysia Sdn Bhd yang diwakili Pengarah Eksekutif, Nik Suzila Nik Hassan dan Mahanom Basri selaku Pengerusi Persatuan Taska Negeri Selangor (PTNS).

Bersempena dengan inisiatif 3R itu, MBI menyediakan tiga tong sampah bagi pengasingan kertas, barangan plastik dan tin aluminium.

MBI turut menempatkan sebuah tong khas bagi orang awam membuang fabrik yang tidak lagi digunapakai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619