SUKANKINI

Cub Prix: Fazrul yakin bangkit di Temerloh

16 Ogos 2018, 9:08 AM
Cub Prix: Fazrul yakin bangkit di Temerloh

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 16 OGOS: Ahmad Fazrul Sham yakin mampu mempamerkan aksi terbaik dalam saingan CP150 walaupun belum berada pada prestasi terbaik menjelang pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, di Temerloh, Pahang, pada 18 dan 19 Ogos ini.

Pelumba AHM Nanoplus Yamaha Racing itu hanya tampil dalam kejuaraan Cub Prix musim ini bermula pusingan kedua, di Selangor dan menamatkan saingan, pada kedudukan ke-14 manakala memperbaiki keputusan ke tangga kesembilan, pada pusingan lalu, di Jasin, Melaka.

Namun begitu, Fazrul yang juga juara keseluruhan CP130 musim 2015 mengakui litar di Temerloh bukan kegemarannya sepanjang lima musim lalu memandangkan pencapaian terbaiknya hanya menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, pada 2016.

"Rekod saya di Temerloh tidak begitu baik. Pada 2013, saya menamatkan perlumbaan di tempat ke-16 manakala 2014 di tempat ke-13.

"Malah,, saya juga kekurangan data di litar ini kerana tidak beraksi, pada musim lalu dan pada 2015,” kata Fazrul.

Beliau berkata, andai bercakap berkenaan peluang untuk menaiki podium, ia mungkin agak berat untuknya tambahan dirinya masih mencari keserasian dengan jentera.

"Namun, sudah tentu saya dan jurutera pasukan akan memberikan yang terbaik, begitu juga dengan rakan sepasukan, Mohd Rozaiman Said dan Md Iqbal Amri Abd Malek," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619