SELANGOR

PNSB jamu raja buah erat hubungan antara agensi

16 Ogos 2018, 2:41 AM
PNSB jamu raja buah erat hubungan antara agensi

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 OGOS: Program Jom Bersantai Sambil Makan Durian anjuran Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dijadikan landasan bagi merapatkan hubungan dengan jabatan dan agensi lain, di negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato' Seri Ahmad Omar berkata, program terbabit juga memberi peluang PNSB mengenali rakan niaga dengan lebih dekat.

"Musim durian bukanlah ada sepanjang tahun, justeru PNSB mengambil peluang ini untuk menyantuni rakan daripada jabatan atau agensi lain serta rakan niaga kami.

"Ini peluang yang baik untuk kami beramah mesra, di samping merapatkan lagi silaturahim dengan mereka," katanya kepada Media Selangor, pada program berkenaan yang berlangsung di Stadium Mini Shah Alam di sini, semalam.

Beliau berkata, PNSB sedia menganjurkan program sama, pada masa akan datang jika terdapat kesesuaian waktu dan bekalan durian mencukupi.

Terdahulu, majlis berkenaan turut dihadiri kakitangan daripada Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619