AGAMA

Arab Saudi sedia khutbah Arafah lima bahasa termasuk Melayu

14 Ogos 2018, 4:24 AM
Arab Saudi sedia khutbah Arafah lima bahasa termasuk Melayu
Arab Saudi sedia khutbah Arafah lima bahasa termasuk Melayu

SHAH ALAM, 14 OGOS: Kerajaan Arab Saudi bakal menyediakan khutbah Arafah dalam lima bahasa, kata Imam Besar dua masjid agung di Makkah dan Madinah, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais.

Sheikh Abdul Rahman berkata, usaha terbabit dilaksanakan bagi membolehkan jemaah haji serta umat Islam di seluruh dunia mendengar secara langsung terjemahan khutbah berkenaan.

Beliau berkata, khutbah itu bakal dilancarkan menerusi frekuensi radio khas dalam lima bahasa yang diterima pakai iaitu Melayu, Urdu, Parsi, Perancis dan Inggeris, bahkan Sheikh Abdul Rahman sendiri dijangka menyampaikannya dalam bahasa Arab.

"Terjemahan dalam bahasa Melayu dibuat bagi manfaat orang Melayu iaitu sebahagian besar kumpulan jemaah dari Asia Tenggara. Kebanyakan mereka adalah Ahli Sunnah Waljamaah dan fahaman ini berkembang ke negara lain termasuk Malaysia, Thailand, Filipina, Singapura serta Indonesia.

"Urdu adalah bahasa rasmi Pakistan dan masyarakat Islam dari lima negara India, di samping beberapa tempat lain di Asia Selatan. Manakala, Parsi pula bahasa rasmi Iran seperti yang dituturkan di Tajikistan dan negara lain,” katanya kepada editor media, lapor BERNAMA.

Sheikh Abdul Rahman berkata, Kerajaan Arab Saudi turut menyediakan bilik keselamatan yang dikawal rapi dan lengkap dengan kemudahan bagi penterjemah, selain mengambil kira spesifikasi kepentingan serta pengaruh kerana terjemahan dilakukan serentak, bermula dari awal khutbah.

Khutbah Arafah meliputi kawasan seluas 110,000 meter persegi yang akan diadakan, di Masjid Nemra, di Dataran Arafah.

Ia akan disiarkan segera sebelum jemaah menunaikan solat Zuhur dan Asar dalam satu perhimpunan ringkas bagi mengikuti sunnah Nabi Muhammad SWT.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619