SUKANKINI

Cub Prix: Fazli sasar layak Superpole

14 Ogos 2018, 4:02 AM
Cub Prix: Fazli sasar layak Superpole
Cub Prix: Fazli sasar layak Superpole

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 14 OGOS: Ahmad Fazli Sham menetapkan sasaran layak ke sesi Superpole kelas CP150, pada pusingan keempat kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Temerloh, Pahang, pada 18 dan 19 Ogos ini.

Dengan dua kemenangan kelas Underbone 150cc di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di India, baru-baru ini, Fazli berharap dapat meneruskan momentum di kejuaraan peringkat kebangsaan setelah memilih haluan bersama pasukan ONEXOX TKKR Racing bagi musim 2018.

Bagaimanapun selepas tiga pusingan, pelumba 36 tahun itu belum menemui rentak terbaik kerana masih gagal menempatkan diri dalam kelompok 10 pelumba terbaik yang layak ke sesi Superpole.

"Kami masih mencari keserasian dan akan terus bekerja keras.

"Di Asia, kami mula menunjukkan peningkatan dan begitu juga di Cub Prix apabila pelumba kami telah menaiki podium di Jasin maka ia membuktikan kemampuan pasukan.

"Kami hanya belum berada pada tahap terbaik dan walaupun saya berjaya pada kedudukan 10 terbaik di perlumbaan akhir, namun keputusan peringkat kelayakan agak mengecewakan," kata Fazli.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya tidak mahu memberi tekanan dengan meletakkan sasaran ke podium tetapi lebih realistik dan layak ke Superpole sebagai matlamat utama.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619