BERITA UTAMA

Tiada kes penguatkuasa Indonesia ceroboh Selat Melaka

13 Ogos 2018, 6:12 AM
Tiada kes penguatkuasa Indonesia ceroboh Selat Melaka
Tiada kes penguatkuasa Indonesia ceroboh Selat Melaka

OLEH NADIAH ZAMLUS

SEKINCHAN, 13 OGOS : Tiada kes pencerobohan dilakukan penguatkuasa Indonesia serta membuat gangguan ke atas nelayan tempatan bagi kawasan Selat Melaka, sejak 2018, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Katanya, Malaysia dan Indonesia juga sudah memutuskan untuk tidak membuat tangkapan bot nelayan kedua-dua belah pihak jika berada di kawasan bertindih dua negara.

"Saya juga percaya pihak berkuasa seperti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia memainkan peranan dengan baik untuk mengekang masalah ini.

"Sejak tahun 2014, kapal TLDM meningkatkan rondaan dengan memastikan dua kapal akan berada di laut setiap masa iaitu sebuah di Utara dan Selatan untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika Program Dialog Menteri Pertahanan bersama Komuniti Nelayan Sekinchan di Pantai Redang, di sini, yang turtu dihadiri Panglima TLDM, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin; Ahli Parlimen Sungai Besar, Muslimin Yahaya dan Ahli Dewan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim.

Mohamad berkata, beliau prihatin terhadap isu keselamatan terutama, di Perairan Selat Melaka.

"Sepanjang hampir tiga bulan dilantik menjadi Menteri Pertahanan, pihak TLDM sudah membawa saya belayar dan melawat beberapa tempat serta memberi pelbagai taklimat.

"Is keselamatan bukan asing lagi. Saya akan pastikan keselamatan nelayan di kawasan Sekinchan khususnya diberikan perhatian serius dan segala luahan serta pemasalahan diambil tindakan secepat mungkin," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619