PBT

Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan Hari Kemerdekaan

13 Ogos 2018, 5:03 AM
Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan Hari Kemerdekaan
Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan Hari Kemerdekaan
Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan Hari Kemerdekaan

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 13 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, di sini, semalam.

Mengetengahkan tema 'Sambutan Hari Kemerdekaan', program itu merupakan inisiatif MBSA ke arah mempromosikan gaya hidup sihat.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, ia juga bertujuan mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida dan mencemar alam sekitar.

"Ini selaras dengan hala tuju MBSA membawa Bandaraya Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang 2030," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti menarik diadakan bagi menarik penyertaan orang ramai memeriahkan program berkenaan.

"Antaranya termasuk pelepasan peserta aktiviti riadah seperti berbasikal, acara berjalan kaki, zumba, persembahan pentas daripada kombo MBSA dan pemeriksaan kesihatan percuma.

"MBSA juga menyediakan permainan 'wall climbing', cabutan bertuah, 'Mobile Library', 'Food Truck', 'Tourism Street', 'Chu Chu Train', pameran keselamatan daripada PANTAS dan jualan pokok serta baja kompos," katanya.

Dalam kesempatan itu, program 'Eco Free Market' turut dijalankan dengan pemberian barangan terpakai secara percuma kepada yang memerlukan.

Pada masa sama, Shahrin berkata, pihaknya juga menganjurkan 'Program Kayuhan Kemerdekaan' sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-61.

Katanya, seramai 400 peserta menyertai program kayuhan itu dan berkayuh sejauh 30 kilometer di sekitar kawasan pusat bandar Shah Alam.

Sebelum itu, majlis pelepasan disempurnakan Datuk Bandar Shah Alam, Dato' Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619