NASIONAL

Parlimen: Turun harga jalur lebar penyelesaian menang-menang

8 Ogos 2018, 4:29 AM
Parlimen: Turun harga jalur lebar penyelesaian menang-menang

KUALA LUMPUR 8 OGOS: Kementerian Komunikasi dan Multimedia komited memberi penyelesaian 'menang-menang' kepada syarikat telekomunikasi dalam pasaran dan pengguna susulan perancangan kerajaan menurunkan harga perkhidmatan jalur lebar di Malaysia.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, kementerian yakin syarikat telekomunikasi yang memberi perkhidmatan berkualiti dengan harga yang lebih murah akan dapat menarik lebih ramai pelanggan, seterusnya memberi keuntungan kepada syarikat.

"Ada yang kata kalau harga (perkhidmatan jalur lebar) turun maka keuntungan sesebuah syarikat telekomunikasi itu akan turun, itu tidak benar.

"Sebaliknya, kalau kita lebih kompetitif dan menawarkan pakej perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan, pelanggan akan datang dan ini akan memperluaskan customer base (pangkalan pelanggan) kita, jadi keuntungan akan meningkat," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang meminta kementerian menyatakan rasional tindakan pengumuman potongan harga jalur lebar.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619