NASIONAL

Tanding MPP kerana hormati pimpinan senior, mahu fokus pentadbiran Selangor

5 Ogos 2018, 8:39 AM
Tanding MPP kerana hormati pimpinan senior, mahu fokus pentadbiran Selangor
Tanding MPP kerana hormati pimpinan senior, mahu fokus pentadbiran Selangor

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 5 OGOS: Dato' Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memutuskan untuk bertanding bagi kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) selepas mengambil kira pelbagai faktor.

Amirudin berkata, antaranya beliau menghormati pimpinan senior yang bakal bertanding merebut jawatan Naib Presiden pada Pemilihan KEADILAN 2018 kali ini.

"Sudah terlalu ramai pimpinan senior bertanding Naib Presiden, jadi atas dasar menghormati pimpinan senior ini saya memutuskan akan bertanding merebut kerusi MPP kali ini.

"Berdasarkan peluang dan pengalaman sejak 2009 saya diberi kepercayaan sebagai ahli MPP lantikan saya yakin dapat menyumbang sesuatu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghantar borang pencalonannya kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) di Ibu Pejabat KEADILAN di Tropicana Merchant Square di sini, hari ini.

Amirudin berkata, pencalonan beliau dicadang dan disokong oleh calon Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Dr Afif Bahardin dan calon Timbalan Ketua AMK, Mohd Hilman Idham.

Katanya, selain menghormati pimpinan lebih senior, fokus kepada tanggungjawab sebagai Menteri Besar turut mendorong beliau untuk tidak bertanding merebut jawatan lebih tinggi.

Dalam sidang media itu, Amirudin turut memperkenalkan seorang lagi calon MPP, Radzlan Jalalludin.

Katanya, Radzlan sebelum ini merupakan Naib Ketua AMK.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619