NASIONAL

Nurul Izzah pertahan jawatan Naib Presiden KEADILAN

5 Ogos 2018, 7:31 AM
Nurul Izzah pertahan jawatan Naib Presiden KEADILAN

PETALING JAYA 5 OGOS: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mempertahankan kerusi Naib Presiden KEADILAN apabila borang pencalonan beliau dihantar Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil pada jam 3 petang tadi.

"Saya juga bantu masukan borang pencalonan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah.

"Beliau tidak dapat datang kerana berada di kawasannya untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat," kata Fahmi lapor SINAR HARIAN.

Sementara itu, Fahmi turut mengumumkan beliau menghantar borang pencalonan bertanding sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Proses pencalonan bagi Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) penggal 2018-2021 bermula hari ini dengan proses penyerahan borang bermula pukul 9 pagi, dan dijadualkan tamat pada 5 petang nanti.

Untuk pemilihan kali ini, sekitar 800,000 ahli parti itu akan diberi tanggungjawab untuk memilih pimpinan mereka yang baharu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619