SELANGOR

Pimpinan KEADILAN ucap tahniah pada Zawawi

5 Ogos 2018, 6:53 AM
Pimpinan KEADILAN ucap tahniah pada Zawawi

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 5 OGOS : Akhirnya Pakatan Harapan dan KEADILAN berjaya membuktikan parti itu terus unggul di Sungai Kandis dengan kemenangan bergaya calonnya, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Mohd Zawawi berjaya mengalahkan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti undi sebanyak 5,842 pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis yang berlangsung semalam.

Sementara itu beberapa pimpinan tertinggi KEADILAN tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada Mohd Zawawi dan jenteranya atas kemenangan terbabit.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui facebooknya berkata, beliau bersyukur KEADILAN dan Pakatan Harapan (PAKATAN) terus mengekalkan penguasaan di Sungai Kandis.

"Teruskan khidmat bakti buat rakyat demi tradisi cakna dan peduli. Rakyat akan terus memerhati dan menilai. Masa untuk bekerja!," tulisnya.

Sementara itu Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berharap supaya Mohd Zawawi meneruskan mandat yang diberikan oleh rakyat Sungai Kandis.

"Moga meneruskan tradisi peduli rakyat dan kecemerlangan Negeri Selangor," katanya dalam laman facebooknya hari ini.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah.

"Terima kasih kepada penduduk Sungai Kandis yang sekali lagi memberi kepercayaan kepada PAKATAN untuk mewakili suara mereka.

"Kemenangan ini harus dijadikan motivasi untuk dua PRK akan datang. Selamat menjalankan amanah yang diberikan saudara Mohd Zawawi," tulisnya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619