SELANGOR

Logo Pakatan Harapan mula digunakan pada PRK Balakong dan Seri Setia

4 Ogos 2018, 1:30 AM
Logo Pakatan Harapan mula digunakan pada PRK Balakong dan Seri Setia
Logo Pakatan Harapan mula digunakan pada PRK Balakong dan Seri Setia

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG, 4 OGOS: Pakatan Harapan (PAKATAN) secara rasminya akan menggunakan logo Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia.

Naib Presiden KEADILAN, Xavier Jeyakumar berkata, perkara ini juga sudah dipersetuju Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

"PRK Sungai Kandis menyaksikan kali terakhir logo mata KEADILAN digunakan dalam pilihan raya.

"Selepas ini pimpinan PAKATAN bersetuju menggunakan logo PAKATAN dalam PRK Balakong dan Seri Setia," katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah 'Grand Finale' PRK DUN Sungai Kandis di Padang Rakan Muda Andalas di sini, hari ini.

Xavier berkata, pengundi Sungai Kandis harus memberi kemenangan besar kepada KEADILAN.

Katanya, ini kerana kemenangan KEADILAN mencatat sejarah bermakna kepada logo parti itu sendiri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619