SELANGOR

Selangor perintis Latihan Manual Pembersihan Tandas Awam

2 Ogos 2018, 7:07 AM
Selangor perintis Latihan Manual Pembersihan Tandas Awam
Selangor perintis Latihan Manual Pembersihan Tandas Awam
Selangor perintis Latihan Manual Pembersihan Tandas Awam

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SUBANG JAYA, 2 OGOS: Sejajar memenuhi aspirasi Kerajaan Negeri ke arah membudayakan masjid bersih, program Latihan Manual Pembersihan Tandas Awam dijalankan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, di sini, hari ini.

Program julung kali diadakan itu membabitkan seramai 30 peserta, terdiri daripada wakil masjid dan surau sekitar kawasan berkenaan.

Pengarah Pengerusi Masjid, Ahmad Helmi Rahman berkata, pendekatan diambil bertujuan mendedahkan pegawai masjid mengenai pengurusan tandas sebenar, berpandukan Operasi Pengurusan Standard (SOP) ditetapkan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)z

“Selain menyampaikan taklimat secara teori, wakil siak turut didedahkan untuk menjalani latihan amali supaya mereka dapat mengguna dan menguruskan peralatan tandas masjid dengan lebih cekap serta efisien.

“Di samping itu, mereka juga boleh memanfaatkan penggunaan sumber dengan betul bagi mengelakkan pembaziran.

“Sehubungan itu, saya menggesa ahli jawatankuasanya supaya dapat melaksanakan penjimatan semaksimum mungkin bagi mengekalkan pengurusan terbaik di masjid,” katanya ketika ditemui SelangorKini.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perunding Kesihatan Persekutaran, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Rajendaran A/L Kobalu.

Ahmad Helmi bagaimanapun berkata, sekiranya terdapat masjid atau surau yang bercadang mendapatkan perkhidmatan berkaitan pengurusan tandas, mereka boleh mengemukakan terus kepada pihak KPKT.

“Di pihak KPKT, mereka akan memberi tunjuk ajar, berkongsi pengetahuan dan membincangkan cara pengurusan tandas yang betul,” katanya.

Terdahulu, Selangor menjadi perintis melalui pelaksanaan program sedemikian dengan keberkesanannya diharap dapat disebar luas ke seluruh negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619