NASIONAL

Jualan tiket KTM, ETS dilanjut hingga 14 November

2 Ogos 2018, 3:48 AM
Jualan tiket KTM, ETS dilanjut hingga 14 November

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 2 OGOS: Jualan tiket untuk perkhidmatan KTM Intercity dan Perkhidmatan Tren Eletrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan dilanjutkan operasi penjualan sehingga 14 November dengan menggunakan jadual sedia ada.

KTMB dalam satu kenyataannya berkata, penjualan tiket yang sepatutnya pada 10 Oktober itu dilanjutkan ekoran projek menaik taraf infrastruktur dan sistem Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) sedang dalam pelaksanaan.

"Tiket perjalanan bagi 1 hingga 14 November akan mula dijual pada 30 Ogos, bermula 8.30 pagi, manakala jualan tiket perkhidmatan tren shuttle Tebrau (JB Sentral - Woodlands - JB Sentral), kekal seperti biasa iaitu dalam tempoh 30 hari sahaja," katanya.

Jumlah perjalanan kedua-dua perkhidmatan tren itu turut dikekalkan, iaitu sebanyak 49 perjalanan sehari bagi KTM Intercity dan 36 perjalanan sehari bagi ETS.

KTMB turut menyarankan agar penumpang perkhidmatan tren membuat perancangan awal terutama bagi mereka yang menyambut perayaan Deepavali dan yang akan pulang ke kampung.

Maklumat lanjut dan jadual perkhidmatan KTM Intercity dan ETS boleh dirujuk di laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my atau hubungi pusat panggilan KTMB di talian 03-2267 1200.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619