SELANGOR

Zawawi: Parti komponen PAKATAN beri kerjasama

31 Jul 2018, 6:10 AM
Zawawi: Parti komponen PAKATAN beri kerjasama
Zawawi: Parti komponen PAKATAN beri kerjasama

OLEH HAFIZAN TAIB

KLANG, 31 JUL: Calon Pakatan Harapan (PAKATAN), Mohd Zawawi Ahmad Mughni, menafikan tiada kerjasama antara parti komponen dalam gabungan itu bagi membantu kempen beliau menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis.

Semua parti termasuk DAP, katanya, sentiasa berganding bahu sepanjang tempoh kempen bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAKATAN, pada 4 Ogos ini.

"Exco Kerajaan Negeri, V Ganabatirau turun lebih tiga kali membantu saya berkempen di DUN Sungai Kandis ini bersama Ahli Dewan Negeri Pandamaran, Tony Leong.

"Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga akan turut serta bersama kita pada 2 Ogos ini diikuti pada hari kemuncak dengan kehadiran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Mohd Zawawi, calon PAKATAN daripada KEADILAN berkata demikian bagi menyangkal dakwaan pihak tertentu yang menganggap tidak wujud kerjasama antara parti dalam PAKATAN terutama DAP, dalam PRK itu.

"Kerjasama antara semua parti dalam PAKATAN tetap utuh dan kita saling membantu antara satu sama lain," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619