NASIONAL

Gempa di Lombok: Malaysia sedia hulur bantuan - Menteri Luar

29 Jul 2018, 12:35 PM
Gempa di Lombok: Malaysia sedia hulur bantuan - Menteri Luar

PUTRAJAYA, 29 JUL: Malaysia sedia menghulurkan bantuan kepada kerajaan dan rakyat Indonesia berikutan kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.4 pada skala Richter yang melanda beberapa kawasan di Lombok, Provinsi Nusa Tenggara Barat, Indonesia pukul 5.47 pagi waktu tempatan, Ahad.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah melahirkan kebimbangan berikutan kejadian gempa bumi yang meragut 10 nyawa, termasuk seorang rakyat Malaysia.

"Tun telah mengarahkan supaya membantu rakyat Malaysia dan melihat keadaan, sekiranya perlu, menghulurkan bantuan kepada Indonesia," kata Saifuddin kepada Bernama ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Menurut kenyataan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) gempa itu terjadi berpusat 28 km Barat Laut Lombok Timur dengan kedalaman gempa sekitar 10 km, hingga menyebabkan kerosakan bangunan dan struktur di kawasan yang terlibat iaitu Kapubaten Lombok Timur dan Kabupatan Lombok Utara.

Setakat 2.00 petang ini pihak berkuasa Indonesia mengesahkan 40 orang dilaporkan cedera parah dan luka ringan manakala 10 orang disahkan meninggal dunia.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619