PBT

Ahli Majlis komited laksana tanggungjawab, perantara rakyat

27 Jul 2018, 9:07 AM
Ahli Majlis komited laksana tanggungjawab, perantara rakyat
Ahli Majlis komited laksana tanggungjawab, perantara rakyat
Ahli Majlis komited laksana tanggungjawab, perantara rakyat

OLEH SHEEDA FATHIL

PETALING JAYA, 27 JUL: Ahli Majlis yang baharu dilantik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) komited akan melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan berusaha menjadi perantara antara Majlis dan warga Petaling Jaya sebaik yang mungkin.

Ahli Majlis daripada Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Nurainie Haziqah berkata, mendekati rakyat bukan sesuatu yang baru buatnya memandangkan sebelum ini beliau sudah melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan sejak di zaman universiti.

"Sebelum ini, saya sudah bergiat lama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan pernah melibatkan diri menerusi aktiviti kemasyarakatan cuma kini antara cabaran yang perlu dihadapi adalah bekerjasama dengan agensi kerajaan.

"Diharap pelantikan selaku Ahli Majlis membantu menyuarakan suara komuniti terutamanya dan golongan belia serta wanita amnya juga dapat bekerjasama dengan agensi kerajaan sebaiknya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perakuan Menerima Jawatan Ahli Majlis MBPJ Bagi Penggal 2018/2020 bertempat di Ibu Pejabat MBPJ, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahli Majlis yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) daripada Parti Gerakan Demokrasi (DAP), Pua Ghin Chu berkata, walaupun kurang sempurna ia tidak menghalang dirinya untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan sebegini.

"Perancangan sepanjang dilantik memegang jawatan selaku Ahli Majlis, saya tekad akan menyumbang lebih bukan sahaja untuk golongan OKU namun kebajikan warga emas turut terjaga.

"Saya akan buktikan bahawa kekurangan diri bukan penghalang untuk seseorang itu berjaya dan meneruskan kehidupan seperti manusia normal lain," katanya.

Terdahulu, seramai 24 Ahli Majlis mengangkat sumpah secara rasmi menerima jawatan selaku Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di hadapan Dato’ Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619