NASIONAL

Sembilan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional letak jawatan

26 Jul 2018, 3:43 AM
Sembilan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional letak jawatan

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 26 JUL: Khazanah Nasional Berhad mengesahkan laporan peletakan jawatan sembilan ahli lembaga pengarahnya termasuk Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Nor Md Yusof.

Khazanah menerusi kenyataan berkata, tindakan peletakan jawatan itu bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan efisien, di bawah kepimpinan kerajaan baharu.

"Semua ahli lembaga pengarah berasa bangga dan berbesar hati kerana diberi peluang menjalankan perkhidmatan dengan syarikat ini.

"Kami menyifatkan tindakan ini wajar untuk menawarkan kerajaan baharu hak mutlak dalam membentuk dan memilih ahli lembaga pengarah.

"Kenyataan lanjut dikeluarkan selepas mendapat butiran berhubung pembentukan lembaga pengarah baharu," katanya.

Pengarah Khazanah Nasional lain termasuk Dato' Sri Nazir Razak, Dato' Dr Nirmala Menon, Tan Sri Mohamed Azman Yahya, Dato' Mohammed Azlan Hashim, Yeo Kar Peng, Tan Sri Andrew Sheng Len Tao dan Raja Tan Sri Arshad Raja Uda.

Terdahulu, keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengkritik syarikat dana pelaburan terbabit yang didakwa menyimpang daripada tujuan asal penubuhannya untuk membantu kaum Bumiputera.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619