SELANGOR

EKVE: Patuhi peraturan, elak hakisan

24 Jul 2018, 9:23 AM
EKVE: Patuhi peraturan, elak hakisan
EKVE: Patuhi peraturan, elak hakisan

OLEH SHEEDA FATHIL

AMPANG, 24 JULAI: Pihak terbabit dalam pembinaan Lebuhraya Lingkaran Luar–Hubungan Timur (EKVE) diharap melaksanakan kerja mematuhi peraturan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, ia bagi memastikan insiden hakisan tidak berlaku sepanjang proses pembinaan.

Katanya, permasalahan itu amat dititikberatkan dan berharap pihak terbabit memandang serius isu berkenaan.

"Saya mengambil serius perkara ini kerana perlunya langkah proaktif supaya kita dapat meminimumkan atau mengelakkan hakisan daripada terus berlaku, terutama pada musim hujan.

"Memang insiden hakisan agak sukar untuk dielakkan, namun sekurang-kurangnya kita dapat meminimumkan ia daripada terus berlaku," katanya.

Pada masa sama, beliau komited akan bekerjasama dengan Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor bagi memantau semua projek berkaitan, di negeri itu.

Terdahulu, Ir Izham membuat lawatan ke tapak projek EKVE yang mula dibina, pada 2015 dan dijangka siap sepenuhnya, pada September 2019.

Projek yang menelan belanja RM1.51 bilion itu adalah projek Kerajaan Persekutuan, manakala Kerajaan Negeri menyediakan fasiliti daripada segi tanah.

EKVE yang kini siap 45 peratus mempunyai laluan fleksibel menghubungkan Sungai Long hingga ke Ukay Perdana dengan jarak 29 kilometer.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619