SELANGOR

Lebuhraya EKVE bantu kurang kesesakan

24 Jul 2018, 8:29 AM
Lebuhraya EKVE bantu kurang kesesakan

OLEH SHEEDA FATHIL

AMPANG, 24 JULAI: Pembinaan Lebuhraya Lingkaran Luar–Hubungan Timur (EKVE) dijangka mampu membantu mengurangkan kesesakan di beberapa lebuh raya utama, di sekitar negeri ini.

EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, EKVE akan menjimatkan masa pengguna jalan raya dari Ukay Perdana ke pusat bandar atau Sungai Long.

"Lebuh raya sepanjang 29 kilometer ini menelan kos RM1.51 bilion dan dijangka siap, pada September 2019," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat tapak projek Lebuhraya EKVE, di Loji Rawatan Air Ampang Intake, di sini, hari ini.

Mengulas berkenaan bayaran tol, Ir Izham berkata, ia masih dalam peringkat kajian sama ada ia akan dihapus secara keseluruhan atau berperingkat.

"Sekurang-kurangnya perlu ada alternatif jalan yang tidak perlu membayar tol supaya rakyat mempunyai pilihan mengggunakan laluan mana.

"Namun, jika jalan itu mempunyai tol, ia perlu dicaj pada kadar berpatutan," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619