NASIONAL

Dialog tertutup bincang masalah buli doktor muda, pelatih

23 Jul 2018, 6:29 AM
Dialog tertutup bincang masalah buli doktor muda, pelatih

KUALA LUMPUR, 23 JUL: Kementerian Kesihatan akan mengadakan dialog tertutup dengan doktor muda dan doktor pelatih dalam masa terdekat bagi membincangkan masalah buli di tempat kerja, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata ia adalah susulan kajian yang dilakukan sebuah forum doktor dalam talian, 'Doctors Only Bulletin Board System (DOBBS)' yang mendapati hampir 80 peratus doktor muda pernah dibuli di tempat kerja.

"Kita harapkan dialog ini akan menjadi saluran alternatif bagi doktor muda membincangkan hal ini, kebajikan merekaharus diberikan keutamaan," katanya ketika ditemui dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Kajian oleh DOBBS itu turut mendapati 17 peratus daripada responden menyatakan kes buli itu sangat teruk sehingga mereka pernah memikirkan untuk membunuh diri.

Sementara itu, Dzulkefly berkata tindakan tegas juga bakal diambil kepada individu yang terlibat dengan pembulian doktor muda.

"Kita akan kenal pasti individu tersebut dan tindakan tegas perlu dilakukan untuk mengelak pemangsaan doktor muda ini. Kita perlu mengenal pasti apa realiti sebenar dahulu sebelum langkah seterusnya diambil," katanya.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619