NASIONAL

Kumpulan pertama jemaah haji tiba di Mekah

23 Jul 2018, 3:33 AM
Kumpulan pertama jemaah haji tiba di Mekah

MEKAH 23 JUL: Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia sudah tiba di Mekah dari Madinah kira-kira pukul 1 pagi waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) dan menerima sambutan meriah daripada petugas Tabung Haji (TH) di sini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata, kumpulan jemaah yang tiba berpakaian ihram itu kemudiannya dibawa menunaikan umrah pada pukul 6 pagi, selepas berehat seketika di bilik masing-masing.

"Alhamdulillah, seramai 478 jemaah haji daripada kumpulan pertama ini selamat tiba di Makkah menaiki 11 bas yang bertolak dari Madinah kira-kira 6 petang waktu tempatan.

"Kebiasaannya, waktu perjalanan dari Madinah ke Makkah mengambil masa empat hingga lima jam, namun setelah mengambil kira waktu berhenti rehat di kawasan R&R (rehat dan rawat) untuk makan dan bersolat, masa perjalanan boleh menjangkau hingga tujuh jam," katanya yang ditemui semasa majlis sambutan jemaah haji KT01 di Maktab 74 di sini hari ini.

Bagi perjalanan kumpulan pertama itu, beliau berkata, jemaah mengambil masa kira-kira satu jam setengah untuk berhenti makan dan solat maghrib serta isyak di R&R yang ditetapkan pihak TH.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619