NASIONAL

Komited perkasa pendidikan masyarakat India

22 Jul 2018, 4:01 AM
Komited perkasa pendidikan masyarakat India

SHAH ALAM, 22 JULAI: Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) akan terus memperkasa pendidikan masyarakat India, selaras manifesto gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata, ia termasuk menyediakan kemudahan pendidikan berkualiti dan sekolah yang sempurna serta selesa.

"Kita akan teruskan pembinaan enam Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil yang dilaksanakan sejak setahun lalu, malah isu ini dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet, baru-baru ini.

"Kerajaan bersetuju supaya SJK tidak kira Tamil atau Cina akan disiapkan tanpa diskriminasi walaupun kekurangan kewangan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan masyarakat India, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, semalam.

Kulasegaran berkata, sehingga kini, terdapat 525 SJK Tamil di seluruh negara.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya yakin masyarakat India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis akan terus menyokong calon PAKATAN di kawasan berkenaan, pada Pilihan Raya Kecil, 4 Ogos ini.

"Keyakinan ini bersandarkan kepada lebih 80 peratus masyarakat India menunjukkan sokongan kepada PAKATAN, pada PRU14 lalu," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619