PENDIDIKAN

16,000 pelajar daftar 'Smart Selangor Free Tuition'

21 Jul 2018, 9:48 AM
16,000 pelajar daftar 'Smart Selangor Free Tuition'
16,000 pelajar daftar 'Smart Selangor Free Tuition'
16,000 pelajar daftar 'Smart Selangor Free Tuition'

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 21 JUL: Yayasan Selangor menerima peruntukan RM5 juta daripada Kerajaan Negeri bagi melaksanakan program tuisyen percuma, 'Smart Selangor Free Tuition'.

Pemangku Pengurus Besarnya, Zahura Zakry berkata, sehingga kini seramai 16,000 pelajar mendaftar program yang mensasarkan pelajar tingkatan 4 dan 5 itu.

"Pada tahun ini, Yayasan Selangor mensasarkan 25,000 pelajar mengikuti program ini dan kami yakin sebelum berakhir 2018 seramai 25,000 pelajar mendapat manfaat daripada program tuisyen atas talian yang diberkan secara percuma ini.

"Semoga pelaksanaan program ini dapat membantu para pelajar semaksima mungkin, sejajar dengan penggunaan teknologi canggih dan penggunaan telefon pintar oleh pelajar memudahkan mereka mengakses program ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor Tahun 2017 di Intekma Resort & Convention Centre, di sini, hari ini.

Zahura berkata, Yayasan Selangor turut berkolaborasi dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan pelajar di Selangor.

Antaranya, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui program Pelajar Berpotensi Tinggi (HIPERS).

Katanya, Yayasan Selangor juga akan menjalankan program penjenamaan semula dengan menyediakan program yang lebih relevan dan berkesan dengan sistem pendidikan semasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619