NASIONAL

UKM sumbang RM13,000 buat Rohingya

20 Jul 2018, 9:26 AM
UKM sumbang RM13,000 buat Rohingya

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 20 JUL: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyalurkan sumbangan lebih RM13,000 kepada Tabung Bantuan Rohingya.

Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UKM, Prof Datuk Dr Rokiah Omar berkata, bantuan disalurkan melalui Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) itu dijalankan sejak September tahun lalu.

“UKM menggerakkan tabung itu melalui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di ketiga-tiga kampus UKM, dalam tempoh dua minggu, kita berjaya mengumpul RM13,639.95.

"Sumbangan itu adalah untuk jangka panjang dengan memfokuskan kepada klinik ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak di sana," katanya selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Bantuan Rohingya di Pejabat Mercy Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Mercy Malaysia, Ir Amran Mahzan berkata, Mercy Malaysia membina hospital di Bangladesh bagi memudahkan bantuan perubatan disalurkan.

“Kita sentiasa menghantar doktor untuk memberikan perkhidmatan perubatan kepada pelarian di sana.

"Walaupun mereka yang pergi adalah secara sukarela, tetapi masih terdapat kos tempat tinggal, makanan dan keselamatan yang perlu diambil berat,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619