SELANGOR

Si comel peneman hidup, sanggup berhabis ribuan ringgit sebulan

20 Jul 2018, 4:30 AM
Si comel peneman hidup, sanggup berhabis ribuan ringgit sebulan
Si comel peneman hidup, sanggup berhabis ribuan ringgit sebulan
Si comel peneman hidup, sanggup berhabis ribuan ringgit sebulan
Si comel peneman hidup, sanggup berhabis ribuan ringgit sebulan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 20 JUL: Biarpun berhabis hampir ribuan ringgit saban bulan, namun kesemua pecinta kucing ini tidak langsung mengambil pusing hal tersebut.

Bagi Noraffidah Ramli, 41 berkata, kucing adalah haiwan comel yang menjadi penenang hatinya sejak lebih tujuh tahun lalu.

Katanya, dia mempunyai lebih 20 ekor jenis kucing 'gergasi' dari baka 'Maine Coon'.

"Kalau dilihat memang ada yang takut dengan kucing ini, kerana ia begitu besar, namun hakikatnya kucing jenis ini sangat manja," katanya.

Kucingnya yang dinamakan Bucky itu turut dikenali dalam kalangan selebriti tempatan kerana acapkali dipilih menyertai pengambaran iklan, drama mahupun majalah.

Noraffidah yang juga suri rumah tangga itu memberitahu, hampir setiap bulan dia membelanjakan kira-kira RM500 bagi seekor kucingnya.

"Bucky juga menyertai beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa dan juga tempatan, malah ia pernah dinobatkan sebagai 'Maine Coon' terbaik di Malaysia," katanya.

Beliau ditemui SelangorKini ketika Pertandingan Kucing di Hari Kebajikan Haiwan anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor di Dewan Raja Muda Musa.

Sementara itu, bagi jejaka berusia 28 tahun, Ridir Haidir Zolkefle berkata, kucing mampu menghilangkan penat setelah bekerja seharian.

Katanya, hanya dalam tempoh sejam kucingnya mampu membuatkan beliau ketawa dan gembira sepanjang hari.

"Malah pada pandangan saya, kucing ini membuatkan hidup saya lebih positif dan kurang tekanan," katanya.

Memiliki kucing dari jenis baka 'Briitish Short Hair', Ridir Haidir bersama rakannya Razman Ahmad, 36 juga adalah pembekal kucing eksotik buat peminatnya di sini.

Razman berkata, antara kucing yang dibiakkan termasuk 'Persian', 'Excotic Short Hair', 'Scottish Fold Longhair' dan 'Domestic Long Hair'.

"Sedikit tips untuk orang ramai, jika ingin membela kucing yang dianggap mahal ini, kita perlu belajar terlebih dahulu, kerana ilmu ini penting bagi membolehkan kucing ini sihat sentiasa," katanya.

Nadiatul Halwani Subry, 41 pula berkata, dia mempunyai lebih 20 ekor kucing di rumahnya.

Katanya, wajah kucing yang comel membuatkan hatinya tertawan untuk terus memelihari haiwan berkenaan.

"Kucing saya turut pernah memenangi pertandingan Anak Kucing Terbaik ketika bertanding di Pameran Kucing di Pulau Pinang," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619