NASIONAL

KPWKM tubuh tabung Palestin depani tekanan AS

20 Jul 2018, 2:53 AM
KPWKM tubuh tabung Palestin depani tekanan AS
KPWKM tubuh tabung Palestin depani tekanan AS

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 20 JUL: Tindakan Amerika Syarikat (AS) menarik semula dana sejumlah US$300 juta daripada Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) memberi tekanan kepada lebih 5 juta penduduk Palestin khasnya golongan wanita dan kanak-kanak.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau menyokong penuh usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menubuhkan Tabung Derma Palestin melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

"Inisiatif mulia ini sudah tentu bakal menyuntik semangat penduduk Palestin yang amat menghargai bantuan makanan, kebajikan, pendidikan dan keperluan asas.

"Saya turut menyeru warga Malaysia untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan secara terus untuk memastikan sekolah-sekolah seliaan UNRWA di Gaza mampu memberikan peluang pendidikan kepada anak-anak Palestin," katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media pada hari kedua Penggal Pertama, Parlimen Ke-14 2018 berlangsung di Bangunan Parlimen, semalam.

Nurul Izzah berkata, UNRWA memaklumkan bahawa setiap RM92 yang disumbangkan dapat membantu penyediaan kit persekolahan untuk seorang kanak-kanak pelarian Palestin, RM151 untuk bekalan makanan asas sekeluarga dan hampir RM900 bagi memastikan sebuah keluarga pelarian Palestin mendapat tempat tinggal bagi tempoh sebulan.

Katanya, orang ramai boleh menyalurkan derma masing-masing ke akaun bank Alliance Islamic Bank bernombor akaun 1601-4001-0011-300.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619