SELANGOR

KPS beli hartanah Pulau Pinang bagi pembinaan kilang

19 Jul 2018, 3:55 AM
KPS beli hartanah Pulau Pinang bagi pembinaan kilang
KPS beli hartanah Pulau Pinang bagi pembinaan kilang

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 19 JULAI: Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) membeli 1.82 hektar tanah di Kawasan Perindustrian Bayan Lepas, Pulau Pinang bagi tujuan pembinaan kilang elektronik.

Ketua Pegawai Operasinya, Suzila Khairuddin berkata, pembelian itu dibuat melalui anak syarikat milik penuh tidak langsung KPS, CPI (Penang) Sdn Bhd dimeterai bersama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), pada 17 Julai lalu dengan kos RM27.7 juta

Katanya, pembinaan kilang perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) itu dijangka bermula, pada separuh pertama 2019 dan disasarkan siap, pada 2020.

"Pembelian tanah itu adalah langkah dalam melaksanakan rancangan penciptaan nilai jangka panjang untuk mempercepatkan fasa pertumbuhan tinggi CPI.

“Berdasarkan permintaan yang semakin meningkat dalam industri EMS dunia, kami melihat peluang besar untuk dimanfaatkan oleh CPI,” katanya kepada SelangorKini.

Suzila berkata, dijangka pembinaan kilang di kawasan baru itu tiga kali lebih besar berbanding tanah sedia ada yang dimiliki.

"CPI adalah peserta Termoplastik Kejuruteraan (ETP) bersepadu dan mempunyai pelanggan global di seluruh industri automotif, penjagaan kesihatan, telekomunikasi serta perindustrian juga pengguna.

"Menjelang 2020, CPI akan berada pada kedudukan baik bukan hanya untuk memanfaatkan jangkaan kemasukan permintaan masa depan, malah meningkatkan kelebihan daya saing dalam industri ETP dan EMS," katanya.

Selain CPI (Penang) Sdn Bhd, KPS turut mempunyai beberapa anak syarikat lain yang aktif, termasuk King Koil Licensing Company Inc (KKLC).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619