NASIONAL

Sokong cadangan hasil tenaga daripada bahan buangan

15 Jul 2018, 8:30 AM
Sokong cadangan hasil tenaga daripada bahan buangan

OLEH NADIAH ZAMLUS

TANJUNG SEPAT, 15 JUL: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyambut baik cadangan bagi menghasilkan tenaga menggunakan bahan buangan.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, KPKT telah melakukan pelbagai kaedah untuk menguruskan bahan buangan agar mendatangkan impak yang paling minimum terhadap alam sekitar.

"Justeru cadangan untuk menghasilkan tenaga dengan bahan buangan ini adalah satu cadangan yang amat baik.

"Dengan perancangan sedia ada, KPKT akan berusaha untuk mengurangkan kebergantungan terhadap tapak pelupusan sampah dan mengambil inisiatif menggunakan teknologi terbaru seperti menggubah bahan buangan kepada tenaga, teknologi bio mass dan juga teknologi bio 'digester'," katanya kepada media.

Zuraida berkata demikian bagi mengulas kenyataan Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar berhubung pihaknya bersedia bekerjasama dalam projek pengurusan sisa bagi menghasilkan tenaga di negara ini.

Antara negara yang menggunakan kaedah tenaga daripada sisa termasuk Jepun, Denmark dan Singapura.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619