SELANGOR

Durian sajian istimewa Rumah Terbuka anak syarikat PKNS

12 Jul 2018, 8:25 AM
Durian sajian istimewa Rumah Terbuka anak syarikat PKNS
Durian sajian istimewa Rumah Terbuka anak syarikat PKNS
Durian sajian istimewa Rumah Terbuka anak syarikat PKNS

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 12 JUL: Raja Buah, durian menjadi hidangan istimewa Rumah Terbuka anak-anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), Fakru Radzi Ab. Ghani berkata, kelainan itu dibuat bagi memeriahkan lagi penganjuran rumah terbuka itu.

"Penganjuran rumah terbuka ini melibatkan penyertaan 11 anak-anak syarikat perbadanan itu.

"Ia dibuat bukan sekadar diadakan memeriahkan Syawal, tetapi ini menjadi ruang terbaik kepada rakan-rakan niaga untuk beramah mesra bersama anak-anak syarikat PKNS.

"Penganjurannya juga boleh mengeratkan hubungan antara kesemua anak-anak syarikat PKNS untuk terus kukuh menjalankan fungsi niaga masing-masing," katanya kepada SelangorKini.

Kemeriahan rumah terbuka itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 1,000 pengunjung terdiri daripada rakan niaga, syarikat Kerajaan Negeri (GLC), wakil pihak berkuasa tempatan dan orang awam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr Noraida Mohd Yusof.

Selebriti tempatan, Jimmy Screen (Gegar Vaganza) turut diundang sebagai penyanyi jemputan rumah terbuka itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619