PENDIDIKAN

Guru besar 'sporting' buat persembahan, 'ayam den lopeh" jadi perhatian

12 Jul 2018, 1:55 AM
Guru besar 'sporting' buat persembahan, 'ayam den lopeh" jadi perhatian
Guru besar 'sporting' buat persembahan, 'ayam den lopeh" jadi perhatian

OLEH NADIAH ZAMLUS

SUBANG, 12 JUL: Kebiasaannya ketika program sekolah, anak-anak murid digalakkan untuk membuat persembahan, namun berbeza kali ini apabila guru-guru besar pula 'berkorban' di pentas utama membuat persembahan.

Sememangnya lain daripada yang lain apabila lebih 200 guru besar seluruh negara cukup 'sporting' apabila membuat persembahan ketika Majlis Makan Malam Konvensyen Pendidikan Kebangsaan ke-24, Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia dan Persidangan Perwakilan Kebangsaan ke-36 di Hotel Summit USJ malam semalam.

Antara mencuri tumpuan ialah persembahan Ayam Den Lopeh daripada guru-guru besar Negeri Sembilan.

Selain itu guru besar daripada Sarawak turut berpakaian tradisional dengan menampilkan Tarian Ngajat, sementara guru-guru besar daripada Kelantan pula dengan persembahan dikir barat.

Penganjur, Yang Dipertua (YDP) Majlis Guru Besar Selangor, Sukimin Juki berkata, ia adalah acara kali pertama menampilkan guru besar sebagai penghibur tetamu dengan membuat persembahan.

Katanya, aktiviti sedemikian dapat mengurangkan tekanan guru-guru yang sebelum ini dibebani dengan pelbagai tugas.

"Biarlah kita buat acara lain daripada yang lain, ada yang menari, menyanyi, berlakon dan tidak ketinggalan menyampaikan sajak, guru daripada negeri tertentu turut mengenakan pakaian tradisi negeri masing-masing.

"Saya berharap supaya semua guru-guru besar gembira dengan acara kali ini," katanya.

Jamuan itu turut dihadiri Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari serta 688 guru besar dari seluruh negara.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619