NASIONAL

Sharifah Amani puji Malaysia Baharu

11 Jul 2018, 3:49 AM
Sharifah Amani puji Malaysia Baharu

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 11 JULAI: Pentadbiran Malaysia Baharu di bawah urus tadbir Kerajaan Pakatan Harapan memberikan dimensi baru kepada rakyat, di negara ini.

Perkembangan positif itu turut diakui pelakon tempatan, Sharifah Amani yang memuji komitmen Kerajaan baharu.

"Dulu kalau ingin selesaikan masalah industri seni, buatlah aduan macam mana pun, tetap tidak menjadi.

"Naik turun pergi mesyuarat dengan pihak berkuasa pun tetap tiada perubahan.

"Sekarang hanya dengan tweet sahaja, sudah dapat perhatian menteri. Terima kasih, inilah Malaysia Baharu," tulisnya di Twitter.

Kenyataan dibuat pelakon filem Sepet itu turut 'retweet', Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari.

Kebanyakan penggiat industri seni menggunakan medium media sosial untuk menyatakan pandangan mereka terhadap perkembangan isu semasa.

Antaranya pelakon Nur Fathia Latiff, penyanyi Datuk Sheila Majid dan Adibah Noor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619