EKONOMI

Selangor - MIDA luas kerjasama tingkat pelaburan

10 Jul 2018, 6:59 AM
Selangor - MIDA luas kerjasama tingkat pelaburan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 10 JUL: Kerajaan Selangor dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) giat menjalin kerjasama dalam usaha menggalakkan kemasukan prospek pelaburan dalam negeri.

Exco Pelaburan, Perindustrian, dan Perdagangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Dato' Teng Chang Kim berkata, kerjasama itu diwujudkan menerusi penganjuran forum pelaburan logsitik bersama delegasi tempatan dan antarabangsa.

Katanya, hala tuju itu tertumpu kepada tawaran peluang pelaburan negeri yang mampu meningkatkan jaringan perolehan nilai kemasukan nilai pelaburan ke Selangor.

"Ini termasuklah tawaran di peringkat Kerajaan Negeri terhadap kemudahan fasiliti yang boleh disediakan Kerajaan Selangor terhadap kemudahan jaringan pelaburan negeri kepada pelabur luar.

"Kami yakin, kerjasama ini membuka peluang kepada pelabur luar untuk kekal memilih Selangor sebagai destinasi pelaburan terbaik," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas hadir merasmikan Forum Pelaburan Industri Pengankutan Logistik dan pelancaran buku Malaysia Logistics Perfomance Index, di Hotel Concorde, pagi ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Esekutif MIDA, Arham Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Dato' Hassan Azhari Idris.

Sementara itu, penganjuran forum bertemakan, 'Memperkenalkan rantaian kemudahan pelaburan logistik di Selangor' turut dihadiri delegasi pelabur tempatan dan antarabangsa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619