SELANGOR

Hampir 15,000 meriahkan Hi-Tea Aidilfitri DUN Batu 3

8 Jul 2018, 9:54 AM
Hampir 15,000 meriahkan Hi-Tea Aidilfitri DUN Batu 3

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 8 JUL: Hampir 15,000 memeriahkan sambutan Hi-Tea Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga yang diadakan di Stadium JKR, Seksyen 17, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Negerinya, Rodziah Ismail berkata, sambutan yang diterima kali ini cukup luar biasa berbanding tahun sebelum.

"Suasana begitu meriah apabila saya berpeluang bertemu dengan pengunjung yang mungkin terdiri daripada pengundi saya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

"Terima kasih kepada semua pengunjung kerana sudi hadir malah ada yang sudi membantu secara sukarelawan serta menjaga keselamatan sekeliling," katanya kepada pemberita.

Katanya, kemudahan bas Smart Selangor yang disediakan Kerajaan Negeri juga memudahkan penduduk di kawasan kos rendah untuk bersama hadir di majlis itu.

"Saya bersyukur kerana kemudahan bas Smart Selangor dapat dimanfaatkan rakyat di negeri ini," katanya.

Sementara itu, katanya, majlis itu tambah bermakna apabila ia adalah bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke 54 tahun.

Majlis selama tiga jam yang bermula seawal jam 3 petang itu bertambah meriah apabila terdapatnya kunjungan daripada Menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Antara menteri yang hadir adalah mantan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali yang kini selaku Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619